Thursday, August 5, 2010

30 Perkara Lelaki Perlu Tahu


1.Wanita terlalu mementingkan penampilan sehingga kadang-kadang
menyebabkan mereka tidak yakin dengan diri sendiri.

2.Wanita pandai berhias bagi menawan hati lelaki. Dengan kecantikan wanita
mampu menjadikan lelaki tergila- gilakannya.

3.Wanita suka apabila teman lelakinya sentiasa ingat hari-hari penting
seperti hari lahir, hari perkenalan kita dengannya dan hari kita declare.

4.Air mata perempuan memiliki kuasa sakti yang luar biasa dan ia digunakan
bagi menagih rasa belas ihsan sama ada semasa ditimpa kesusahan ataupun
meminta sesuatu yang susah didapati.

5.Wanita sukakan lelaki yang romantic dan sentiasa ingat semasa bersamanya
ataupun berjauhan.

6.Wanita suka apabila kita selalu memasukkan dia dalam perbualan bersama
rakan-rakan kita.

7.Wanita suka apabila kita menghargai setiap tindakannya dan mengucapkan
terima kasih di atas pertolongan yang dia berikan.

8.Wanita tidak sah jadi wanita apabila dia tidak pandai merajuk.

9.Wanita tidak suka apabila kekasihnya keluar makan dengan perempuan lain
walaupun mereka itu rakan sepejabat.

10.Wanita tidak suka apabila kita asyik mengarahnya seperti hamba.

11.Wanita memang mudah kecil hati. Jika kita sering membuat dia kecil
hati, lama-kelamaan wanita boleh hilang hatinya.

12.Wanita begitu sibuk pada bulan Ramadan. Mereka juga mengurangkan
bercakap semasa berpuasa tetapi menambah kekerapan membeli belah.

13.Wanita tidak suka kita bercerita perkara yang tidak diketahuinya kerana
mereka rasa mereka kurang berpengetahuan.

14.Lelaki perlu tahu saiz pakaian dan kasut yang dipakai oleh pasangan anda
barangan yang disukainya.

15.Wanita kuat cemburu. Oleh itu, buatlah aktiviti yang tidak mengundang
sebarang syak wasangka yang buruk semasa kita tidak bersamanya.

16.Wanita kaum yang sensitif. Baik berhati-hati semasa bercakap dengannya.

17.Sekali pandang gincu yang dipakai wanita sama sahaja warna merah, tapi
dua kali pandang warna itu sebenarnya tidak sama; ada merah hati, merah
sirap, merah ros, merah darah dan merah jambu.

18.Cermin adalah teman sejati wanita. Wanita membelek muka di cermin
sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa
kerja, tiga kali di tandas dan dua kali pula semasa balik kerja dengan
mengambil masa kira-kira lima minit setiap kali.

19.Apabila wanita bersedih, lelaki perlu mendengar luahannya dan jadilah
pendengar yang setia. Cuba fahami masalah yang dialami.

20.Lelaki perlu tahu kegemaran atau hobi kekasihnya dan makanan yang
disukai. Lakukan aktiviti yang digemari bersama-sama.

21.Pujilah wanita pada masa-masa yang dirasakan perlu. Wanita amat
menghargainya.

22.Jangan lupa beli hadiah hari lahir dan ulang tahun perkenalan.

23.Sentiasa pandang wajah pasangan semasa bercakap kepadanya.

24.Biarkan dia bercakap sehingga dia puas dan berhenti sendiri.

25.Apabila kita nampak dia penat, tolong dia sedikit sebanyak. Inilah
antara perkara kecil tetapi amat menyukakan hati wanita.

26.Wanita cepat jemu. Jadi dia suka berjalan-jalan dan mencari hiburan.

27.Wanita bersifat sentimental. Cinta dan kasih sayang adalah keseluruhan
cita-cita dan sasaran hidup.

28.Wanita cemburu kerana ingin mempertahankan harga diri dan
mempertahankan kepentingan peribadi.

29.Wanita suka membaca cerpen dan novel yang berkaitan dengan cinta.

30.Wanita sering memikirkan tentang kecantikan diri dan kehodohannya, suka
bercermin, menaruh angan-angan bakal suaminya dan suka mengawal lelaki.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...